05 Mei, 2011

LAWATAN KE ECER MERSING

Pengurus GIATMARA Kota Tinggi menyampaikan cenderahati kepada Pengurus Pusat Jahitan

Mencuba menggunakan alat pemotong kain industri

Demontrasi cara menggunakan mesin jahit interlock

Mencuba sendiri cara menjahit T-shirt

Bergambar di hadapan Pusat Jahitan

Taklimat di bengkel BBRC oleh Pengurus GIATMARA Mersing

1.!!!! Malaysiaaa..!!!!!

Lokasi santapan tengahari

Berselera sungguh.....maklulah...dah lapar....

Hidangan tengahari nasi ayam special

pelatih-pelatih mendengar taklimat daripada pengurus GIATMARA Mersing

Melihat proses membuat bot gentian kaca di bengkel BBRC

Mendengar taklimat dari TP Kursus Teknologi Automotif

Bergambar beramai-ramai di pantai Air Papan

Bergambar di hadapan Pusat Jahitan Program Pembangunan Keusahwanan ECER


Pada hari Rabu 4hb. Mei 2011, GIATMARA Kota Tinggi telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Mersing. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelatih GIATMARA Kota Tinggi berkenaan peluang-peluang perniagaan yang boleh di ujudkan selepas tamat latihan di GIATMARA. Antara tempat yang dilawati ialah Pusat Jahitan di bawah Program Pembangunan Keusahwanan ECER. Lokasi ini memberi pendedahan kepada pelatih dalam bidang kursus Fashion And Dressmaking (FND 11) untuk mereka mengenali dengan lebih dekat lagi tentang cara pengurusan sesuatu pengeluaran produk jahitan di keluarkan. Selain itu juga mereka berpeluang mencuba peralatan yang digunakan dalam penghasilan t-shirt. Seterusnya lawatan diteruskan ke bengkel BBRC iaitu bengkel membuat bot gentian kaca. Walaupun bengkel BBRC masih belum siap sepenuhnya, pelatih masih berpeluang untuk melihat kawasan latihan yang cukup luas untuk menjalankan kursus tersebut. Seterusnya, pelatih di bawa melawat ke GIATMARA Mersing bagi melihat kursus-kursus yang dijalankan di GIATMARA Mersing. Selepas sesi taklimat oleh Pengurus GIATMARA Mersing, pelatih dibawa melawat ke sekitar bengkel-bengkel yang terdapat di sini. Selepas sesi lawatan selesai, pelatih di bawa melawat ke pantai perkelahan yang terkenal di Mersing iaitu Pantai Air Papan. Walaupun sekejap sahaja, pelatih berpeluang untuk merakamkan foto-foto yang cantik ketika berada di tepi pantai. Di akhir lawatan pelatih di bawa untuk membeli belah pelbagai jenis keropok yang terkenal di Mersing. Semoga dengan lawatan ini, dapat memberi sedikit ilmu yang boleh digunakan di masa akan datang. Ucapan berbanyak terima kasih kepada jawatankuasa yang menjayakan lawatan ini dan juga kepada warga GIATMARA Mersing yang memberikan kerjasama yang amat baik semasa lawatan ini.