28 Januari, 2010

LATIHAN BERSAMA JPAM NEGERI JOHOR

Persimpang masuk ke GIATMARA Tanjung Sedili

Sesi kuliah tentang JPAM

Taklimat sebelum latihan melawan kebakaran

En. Nazlan menerangkan cara menggunakan alat pemadam kebakaran

Pelatih sedang menggunakan alat pemadam kebakaran

Bersedia menjalankan ujian cpr

Penerangan tentang teknik cpr

Jurulatih sedang menujukkan teknik cpr

Seorang pelatih sedang membuat ujian cpr

Pada 26 hb. Januari 2010 GIATMARA Kota tinggi (tanjung Sedili) telah mengadakan satu Kursus Asas Sehari bersama dengan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor (JPAM). Kursus ini telah disertai oleh 20 orang pelatih dari GIATMARA Tanjung Sedili. Kursus ini meliputi tajuk pertolongan cemas dan melawan kebakaran yang mana kesemua tajuk ini adalah yang terdapat di dalam modul 1. Jurulatih yang terlibat ialah En. Nazlan, En. Firdaus, En. Mazwan dan pembantu urusetia cik. Herdawati begitu bersemangat dalam memberi latihan kepada para pelatih. Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak JPAM negeri Johor kerana dapat memberikan kemudahan latihan kepada warga GIATMARA dalam persedian menghadapi sebarang kemungkinan.

21 Januari, 2010

SESI JANUARI-JUN 2010 SERMULA

Pemandangan hadapan GIATMARA Kota Tinggi (Tanjung Sedili)

Pelatih mengikuti latihan untuk modul 2

Pelatih sedang menjalankan ujian Penilaian akhir modul (amali)

Sesi taklimat bersama PDRM

Ketua Balai Polis Kuala Sedili sedang memberikan ceramahnya

Pelatih khusyuk mendengar taklimat....

Bersemangat untuk mempelajari undang-undang

Pada 4 hb. Januari 2010, GIATMARA Kota Tinggi telah menerima pendaftaran pelatih baru bagi sesi Januari - Jun 2010 bagi kursus Fashion And Dressmaking. Seramai 23 orang pelatih telah mendaftar sebagai pelatih GIATMARA dengan ditemani oleh penjaga masing-masing. Peserta terdiri daripada penduduk setempat dan luar dari Kota Tinggi dan kesemuanya dari kaum wanita berumur dari 16 - 43 tahun. Kesemuanya bersemangat untuk mengikuti latihan yang bakal ditempuhi selama 6 bulan.

PELATIH BERSAMA MASYARAKAT

Pelatih GIATMARA Tanjung Sedili bergambar bersama Tenaga Pengajar

Pelatih sedang mengecat bahagian hadapan rumah

Pengurus En. Zulkifli beramah mesra bersama penerima sumbangan

Pelatih wanita terlibat dalam kerja mengecat rumah


kena guna tangga tu..tak sampai oooii..

Gaya tukang cat...!

Pelatih GIATMARA Tanjung Sedili bergambar kenangan bersama penerima sumbangan

Pada 18 hb. Januari 2010 bertempat di perkampungan Sedili Kecil, satu program kemasyarakatan telah diadakan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor di mana pelatih GIATMARA Kota Tinggi terlibat sama dalam kerja-kerja membersih dan mengecat rumah penerima sumbangan. Seramai 14 pelatih wanita dan 4 pelatih lelaki bersama pengurus, Tenaga pengajar serta kakitangan GIATMARA Kota tinggi mengembeling tenaga bersama-sama sukarelawan kebajikan untuk menjayakan progran tersebut.