Penulis menjadi ahli panel dalam Dialog Memperkasa Pembangunan Ekonomi Komuniti Belia (Membudaya Kemahiran & Keusahawanan)
Peserta program yang hadir untuk meramaikan majlis
Pelatih GIATMARA Tanjung Sedili
Gimik perasmian majlis
Menerima sijil penyertaan dari Tan Sri Syed Hamid
Pada 21 November 2009 bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Gembut, telah berlangsung satu program yang dinamakan Program Memartabatkan Dakwah dan Dialog Memperkasakan Pembangunan Ekonomi Komuniti Belia (Membudaya Kemahiran & Keusahawanan ) Program membasmi Kemiskinan Luar Bandar Parlimen Kota Tinggi yang telah dirasmikan oleh YBM Tan Sri Syed Hamid Bin Tan Sri Syed Jaafar Albar, Ahli Parlimen Kota Tinggi. Majlis berlangsung seawal jam 8 pagi dan berakhir jam 6 petang. GIATMARA terlibat dalam program ini untuk memperkenalkan program-program yang ditawarkan kepada penduduk setempat termasuk kawasan penempatan orang asli Kampung Selangi. Selain itu program dialog yang terdiri dari 6 ahli panel di bahagikan kepada dua sesi, pertama GIATMARA, Jabatan Pertanian dan Kemas manakala sesi kedua Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Johor dan Kejora. Dalam Sesi ini penduduk setempat dapat mengutarakan kemuskilan dan masalah kepada ahli panel. Diakhir program ini pihak penganjur berharaf kepada penduduk setempat dapat mengambil peluang yang ada untuk kemajuan diri sendiri, keluarga dan masyarkat.